Friday, December 2, 2016

Hati kau di mana?

Nota nota itu kau simpan dalam hati
Atau kau buang ke tepi? 
Dan,
Kata kata aku,kau simpan di jiwa
Atau sebenarnya langsung tidak tembus ke situ? 

Wednesday, November 2, 2016

Kelu Menahan Rasa

Termenung mengenangkan masa yang dibuang buang selama enam tahun setengah ini,
Bila saatnya pula,
Masa masa yang halal itu akan tiba?
Kerana aku takut hati kau itu 
Kelu merasa cinta
Terhadap aku nan seorang ini lagi.

Thursday, June 9, 2016

Domino

dulu,
satu slice mampu digigit aku dan kau
sekarang,
aku gigit satu slice itu
aku hulur slice yang sama untuk kau gigit
kau minta slice yang baru
:(

Thursday, April 28, 2016

Jawapan di atas

Setiap kali kau tanya
Aku sayang kau atau tidak
Aku cintakan kau atau tidak.
Jawapannya di Atas
Dia Maha Mengetahui isi hati aku.

Saturday, January 30, 2016

Impian lopak yang terkopak

💣First, aku lepas semua peluang nak pergi jauh dari sini dan belajar kat tempat yang aku suka
💣Second,aku langsung tak enjoy kehidupan kampus aku dan seterusnya langsung rasa patetik
💣Third,aku cuma ada dua tiga orang kawan tu pun tak letak setengah peratus pun perasaan sebab kau cakap aku ada kau sampai aku mati
💣Pat,semua yang aku suka aku tinggal sebab aku tak nak kau tinggal aku
💣Dan sekarang aku kenang semua yang aku buat untuk kau dan langsung tak kau hargai dan buat aku fikir semua impian aku tinggal lopak. 

Wednesday, January 27, 2016

whatApp yang tak bermakna

WHATSAP yang tak bermakna tu
Apabila aku send dan tanda tick sudah dua kali dan bertukar biru
Kau masih online dan sibuk melayan whatsap grup kawan kau yang kononnya akan mampu tolong kau nanti
Dalam masa kau susah.
Eh, tidakkah kau lupa yang aku ini yang bersengkang mata menolong kau habiskan esaimen berkajang kajang tu.


Ps\ aku harap kau tak lupa.

Sunyi

Masa aku tengok running man first time, 
Aku tengok episod 138.
Secara tak sengaja. 
Aku rasa jodoh mata aku dengan running man sangat unik.
Bila mana aku tak rasa boring tapi aku sunyi.
Aku tekan je play video tu mata aku ter pukau. 
Bukan sebab hensemnya Jong hyun (?) Jong Suk (?) tapi aku "terbangun" dengan perasaan kagum bila mana aku lihat erti persahabatan yang wujud di antara mereka.
Mungkin juga sebab aku rindu kawan kawan dan bercita cita nak ada kawan yang datang peluk,  puji bagi semangat dan sama sama susah dan senang. Jadi aku rasa aku nak ada kawan dan sahabat yang macam running man. 
Sentiasa ada sama sama. Berpeluk dan berpeluh bersama waktu susah, bergelak ketawa sama sama time senang. Memanglahh running man ni salah satu lakonan yang ada skrip. Tapi bila tengok dengan hati dapat lihat bertapa "sucinya" mereka saling menyokong antara satu dengan lain. 
Sebab tu lah time aku sedih aku seronok aku rindu aku lapar aku bunga bunga aku suka tengok running man. 
Aku nak ada momen yang macam tu dengan kawan kawan dan orang yang aku sayang.
Peluk aku bila aku sedih
Puji aku bila aku berjaya
Pimpin aku bila aku jatuh tak bermaya
Pegang tangan aku sama sama untuk hadapi hidup ni.

;)