Thursday, January 21, 2016

Seberang Jalan Itu

Seberang jalan itu
      Ketika itu dan sekarang mata aku masih teracap pada dia yang berada di seberang jalan itu. Setiap hari dan pada waktu yang sama masih ada dia di seberang jalam itu. Sesuatu yang ada pada dia menarik hati aku dan menjadi terpanggil untuk menegurnya setiap kali mata bertemu dia. Namun yang menjadi pengahalangnya adalah jiwa aku yang kecil dan gentar untuk memulakan kata-kata pertama. Mata masih teracap pada raut wajah yang satu itu. Dan tidak pernah sekali pun dia perasan akan perbuatan aku ini. Seharusnya aku meminta maaf kepadanya atas perbuatan kurang sopan ini terhadap dia. Walaupun tanpa dia sendiri sedar. Aku pinjam wajah itu seketika untuk menjadi penghibur jiwa, pengubat duka dan membawa ketenangan perasaan.
      Dari seberang jalan itu juga, setiap hari aku lihat kau akan duduk di pondok yang sama. Menunggu seseorang sehingga kau hilang dari pandangan mata. Aku sahajakah yang nampak segala macam keindahan yang dapat di rasa ketika kau ada di situ?  Jatuh cintakah ini?  Atau sebenarnya ia perasaan jahil yang terlalu lama aku pendam di jiwa. Mengapa perasaan ini sukar dibendung lagi. Ia seakan penuh melimpah-limpah di benak harapan. Berdosakah aku menyimpan perasaan ini terhadap dia? 
      Mata yang memerhati ini seakan sukar aku lekap jauh dari wajah itu. Seberang jalan itu juga menghadirkan yang dia terus kukuh dalam pemerhatian. Ia seakan tindakan luar biasa kepada insan ekstraluarbiasa. Aku harap satu hari nanti, bilamana hati yang kecil ini sudah berani meluah rasa, walaupun sekadar perkataan "hai" sepatah yang terungkap luah di bibir. Hanya itu yang mahu aku mulakan dulu di antara aku dan kamu. Perasaan yang di pendam ini adapun indah berlaka namun sebenarnya satu penyiksaan jiwa yang nyata. Aku belum pernah merasa perasaan begini. Dia dihadapan sana itu jua yang memecahkan segala rasa kosong di dalam hati. Kadang kala aku tidak mahu bendung lagi perasaan ini. Seharusnya aku luah apa yg aku simpan. Namum kerana aku belum tahu siapa pun dia, keadaanya dan adakah dia belum dipunyai orang aku pilih jalan diam untuk terus bertindak menghapiri dia. 
      Siapapun dia, apapun keadaan dia, selagi dia belum punya orang lain aku akan cuba mendekati dia, suatu hari nanti. Bila 'dia' sendiri mengizinkan aku berbuat demikian. Langkah ikhlas harus aku mulakan untuk menjalani momen momen seterusnya, untuk aku cuba dan usaha mengenali dia. Aku semat dalam jiwa, jika ada jodoh tidak kemana jua kerana aku percaya setiap permulaan perkenalan bermula dengan jodoh. Yang membezakan adalah jodoh yang panjang, singkat ataupun jodoh sepintas lalu yang hanya mengindahkan waktu waktu hidup yang singkat ini.
      Dari sini aku lihat seberang jalan itu. Untuk pertama kalinya, mata kami bertaut seketika. 

Sunday, December 20, 2015

Hati Mati

Kejam tak bila aku kata,
Kalau bole undur masa,
Aku tak nak langsung kenal 
Manusia yang macam kau.
Yang nama macam kau 
Rupa dan perangai macam kau.
Hati aku dah mati untuk manusia macam kau.
Kau tu apa sebenarnya? 


Friday, April 3, 2015

kita di mana ?

kau dah ada penganti
tapi kenapa kau kata ini semua masalah kita
kenapa masih ada patah kita itu
sebenarnya kita itu di mana ?
maaf aku tak mampu 
tapi aku tagih janji dulu :'(

Sunday, December 14, 2014

Kopi Jiwa

biasalah dalam kehidupan ada turun naik,
tolong siapa-siapa.
Jadi kopi, penambah semangat untuk aku
yang kadang kala rebah langsung tak bermaya.

Saturday, April 26, 2014

Berat Rasa Yang Gundah

orang kata, kalau hati gundah, jiwa tak tenteram
rasa kurang sabar dan selalu bersedih 
mengadu pada ALLAH
memang betul, rasa ringan segala 
benda berat-berat yang di rasa
namun,
kenapa orang orang sekeliling 
kadang kala tidak mampu
mengurangkan rasa berat yang berserabut ini ?

Friday, March 28, 2014

Parah Jiwa

tengah rasa boring tetiba aku teringat nak tulis blog
dah lama sebenarnya tak tulis blog ni.
kesian dia
dah lama tak ngadap muka ni,
selalunya kalau ngadap muka ni pun, time muka ni sugul
hidung berhingus
ada titisan air mata jatuh.
time sekarang tak rasa macam tu, tapi hati ni gundah gulana
takut bila-bila saja laptop ni boleh padam time aku menulis ni.
kesian laptop ni,
jiwa dia pun dah parah macam jiwa tuan jua.
sabarlah laptop lagi enam hari setengah kamu ke temu ubat ye :D  

Friday, December 27, 2013

Kita

dimana kita sekarang ?
mengapa aku kurang rasa tenang
walaupun tidak lagi kau dengan dia.
dan aku harap Allah
permudahkan segala apa sahaja
tentang aku dan kau
kita,
sampai bila pun.